Pendidikan Islam Tahun 6
Konsep Puasa
-Menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari berserta niat pada malam hari.
Dalil Kewajipan Berpuasa
Maksudnya: " wahai orang-orang yang beriman difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
( Surah al-Baqarah 2:183 )
Hukum Puasa Pada Bulan Ramadhan
-Wajib kepada orang yang cukup syarat
Tahun Disyariatkan Berpuasa
-10 Syaaban tahun kedua Hijrah.
-Puasa juga disyariatkan kepada orang yang terdahulu.
Hikmah Puasa
-Menandakan kesyukuran kepada Allah Taala
-Memberi kerehatan kepada sistem penghadaman
-Menghindarkan diri daripada penyakit yang berpunca daripada pemakanan
-Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala.
-Melatih diri dengan sifat mahmudah
Terima kasih atas panduan sebegini...dapat refresh semula ilmu yang ada....
BalasPadam