Khamis, 13 Disember 2012

MUTIARA HADIS....

Segagah manapun diri kita ini 
BUKANLAH 
pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan.

Setinggi apapun darjat kita
BUKANLAH
mulia jika tidak ada iman didada.

Setinggi langitpun ilmu kita
BUKANLAH
bijaksana jika tidak diamalkan dan digunakan.

Sealim apapun akhlak kita
BUKANLAH
ulama jika takbur dan riak.

Isnin, 3 Disember 2012




"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Sabtu, 24 November 2012

Renungan....

Persahabatan itu ibarat tangan dengan mata...
Saat tangan terluka, mata menangis...
Saat mata menangis, tangan yang menghapuskannya...

Isnin, 12 November 2012

Syarat Wajib Puasa

Islam : Tidak wajib puasa kepada orang yang kafir
Berakal : Tidak wajib kepada orang yang hilang akal
Baligh : Tidak wajib kepada kanak-kanak
Mampu Berpuasa : Tidak wajib puasa kepada orang yang sakit


Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa

Gila
Murtad
Bersetubuh siang hari
Makan dan minum dengan sengaja
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan
Muntah dengan sengaja
Mabuk atau pengsan sepanjang hari
berbuka sebelum waktunya
Mengeluarkan air mani dengan  sengaja
Haid
Nifas atau Wiladah

Ilmu lagi.....

Syarat Sah Puasa

Islam - Tidak sah kepada orang kafir
Mumayyiz - Tidak sah kepada yang belum mumayyiz
Sempurna Akal - Tidak sah kepada orang gila
Suci daripada Haid dan Nifas - Tidak sah dalam keadaan haid dan nifas
Puasa Pada Hari Yang Diharamkan - Tidak sah dan haram


Rukun Puasa

1- Berniat
Bermula dari terbenamnya matahari hingga sebelum terbit fajar

2- Menahan diri
Iaitu daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan
 puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Rabu, 24 Oktober 2012

Selasa, 23 Oktober 2012

Jom Timba Ilmu.....

Pendidikan Islam Tahun 6

Konsep Puasa
-Menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari berserta niat pada malam hari.

Dalil Kewajipan Berpuasa
Maksudnya: " wahai orang-orang yang beriman difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
( Surah al-Baqarah 2:183 )

Hukum Puasa Pada Bulan Ramadhan
-Wajib kepada orang yang cukup syarat

Tahun Disyariatkan Berpuasa
-10 Syaaban tahun kedua Hijrah.
-Puasa juga disyariatkan kepada orang yang terdahulu.

 Hikmah Puasa
-Menandakan kesyukuran kepada Allah Taala
-Memberi kerehatan  kepada sistem penghadaman
-Menghindarkan diri daripada penyakit yang berpunca daripada pemakanan
-Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala.
-Melatih diri dengan sifat mahmudah

Khamis, 11 Oktober 2012

Pesanan Imam Shafie

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin 
kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang 
di dunia dan akhirat."

Salam Muhibbah.....

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya ni baru aje belajar,
Kalau boleh tolong ajarkan....